Pages

Friday 23 December 2011

BIOMETRIK

PENGENALAN

Biometrik merupakan kaedah untuk mengecam (recognize) individu berdasarkan ciri-ciri biologi (biological) dan tingkah laku (behavioral) individu tersebut. Ciri-ciri biologi dan tingkah laku individu seperti cap jari, tapak tangan, anak mata, suara, muka, pengecaman asid deoxyribonucleic (DNA), keystroke, tandatangan dan sebagainya telah digunakan untuk mengenal pasti individu sejak dahulu lagi.

Di peringkat global, penggunaan teknologi biometrik telah meningkat terutamanya dalam bidang keselamatan dan forensik bagi tujuan pengenalpastian dan pengesahan identiti seseorang individu. Contohnya, semua lapangan terbang di Amerika Syarikat menggunakan sistem pengenalan biometrik yang mengandungi gambar serta cap jari pelawat-pelawat asing. Negara Jepun pula banyak menggunakan kaedah urat saraf (vein) bagi sistem kedatangan di pejabat/syarikat dan sistem maklumat peribadi di institusi-institusi pendidikan serta kesihatan.

Di Malaysia, teknologi biometrik juga telah dimanfaatkan oleh banyak agensi Sektor Awam dalam meningkatkan tahap keselamatan dan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan mereka. Antara aplikasi yang menggunakan teknologi biometrik adalah MyKad sebagai dokumen pengenalan warga Malaysia dan Automated Fingerprint Identification System (AFIS) bagi mengenal pasti identiti warga Malaysia melalui pengesanan cap ibu jari.

Teknologi biometrik yang menggunakan cap jari juga digunakan bagi Sistem Pasport, Sistem Biometrik Pengesanan Pendatang Tanpa Izin (PATI) dan Biometric Fingerprint Identification System (BIOFIS) untuk mengesan penjenayah. Terdapat juga agensi-agensi yang menggunakan biometrik untuk akses masuk bangunan pejabat.


 


JENIS-JENIS BIOMETRIK

Jenis-jenis biometrik yang biasa digunakan adalah cap jari, anak mata, muka, suara, DNA, geometri tangan, urat saraf, tandatangan, keystroke dan lain-lain.


 

Terdapat beberapa jenis biometrik yang biasa digunakan seperti berikut:

Cap Jari

Teknologi cap jari menggunakan imej optik atau electronic field imaging untuk mengenal pasti identiti melalui pattern-matching dan minutiaes. Imbasan cap jari individu akan dibandingkan dengan templat cap jari yang disimpan di dalam sistem. Kaedah biometrik ini mempunyai tahap ketepatan yang tinggi di mana telah terbukti tidak terdapat lebih dari satu individu yang mempunyai cap jari yang serupa. Kaedah ini telah lama digunakan di peringkat global bagi pengesahan identiti individu dan pengenalpastian penjenayah.


 

Anak Mata (Iris)

Teknik ini menggunakan ciri-ciri imej anak mata yang unik. Alat pengimbas mata akan mengambil foto mata yang beresolusi tinggi dan merekodkan data tersebut. Data ini seterusnya akan ditukarkan kepada algoritma dan dibandingkan dengan karakter dan bentuk anak mata yang telah direkodkan. Kaedah ini sesuai digunakan untuk akses lokasi-lokasi yang bertahap keselamatan yang tinggi, contohnya memasuki bilik kebal yang mengandungi bahan-bahan rahsia.


 

Muka

Teknologi biometrik ini menggunakan imbasan imej muka iaitu reka bentuk muka sebagai pengesahan identiti seperti kedudukan hidung, mata, dagu dan mulut. Sistem pengenalpastian muka akan membuat analisis ke atas data dan membandingkannya dengan templat muka yang terdapat di dalam kad pintar (smart card) atau templat muka di dalam pangkalan data. Dari segi ketepatan, kaedah ini adalah kurang tepat jika imej muka yang diimbas dibandingkan dari sudut yang berbeza. Kaedah ini sesuai digunakan bagi mengesan penjenayah terutamanya di kawasan-kawasan tumpuan orang awam seperti di lapangan terbang dan sebagainya.


 

Suara

Kaedah imbasan suara membolehkan rakaman suara yang direkodkan, disimpan dalam komputer dalam jangka masa tertentu. Perisian bagi pengenalpastian suara individu akan merekodkan cara percakapan serta frekuensi setiap perkataan. Sistem yang baik akan dapat mengenal pasti suara percakapan walaupun berubah, contohnya serak. Kaedah ini sesuai digunakan bagi aplikasi yang banyak berinteraksi dengan suara. Antaranya, capaian kepada akaun bagi perkhidmatan perbankan dan pengenalpastian pelanggan bagi perkhidmatan panggilan oleh operator.


 

Pengecaman DNA

Kaedah identifikasi asid deoxyribonucleic (DNA) adalah kaedah pengecaman yang agak tepat berdasarkan hasil kajian yang menunjukkan kebarangkalian 2 individu berkongsi DNA yang sama adalah kurang dari satu bagi setiap seratus bilion. Walau bagaimanapun, kaedah ini sukar digunakan kerana agak kompleks serta memerlukan kemahiran yang tinggi. Kaedah ini biasa digunakan bagi mengenal pasti identiti seseorang individu yang tidak dapat dikenali melalui proses pengecaman secara fizikal.


 

Geometri Tangan

Pengenalpastian individu menggunakan kaedah imbasan tapak tangan adalah mudah dan ringkas. Kaedah ini menumpukan kepada tiga (3) dimensi bentuk tapak tangan iaitu merangkumi imej tapak tangan yang terdiri daripada panjang (length), tebal (thickness), struktur tulang, lengkungan (curve) dan jarak antara sendi tangan (joints of the hand). Sistem/alat imbasan tangan akan membuat pemadanan antara imej yang dibaca dengan imej yang telah didaftarkan.


 

Urat Saraf

Kaedah pengesahan menggunakan urat saraf yang biasa dilakukan adalah melalui imbasan urat saraf pada tangan individu. Teknologi ini mengenal pasti corak urat saraf pada tangan individu. Antara urat saraf yang digunakan bagi pengesahan adalah urat saraf pada jari, pergelangan tangan, tapak tangan dan belakang tangan. Penggunaan urat saraf mempunyai kelebihan kerana urat saraf pada individu adalah unik coraknya dan tidak mudah bertukar. Selain itu, kedudukan urat saraf yang berada di bawah lapisan kulit menyebabkan kerosakan tidak mudah berlaku dan sukar untuk dipalsukan. Walau bagaimanapun kaedah ini agak mahal dan penggunaannya masih belum menyeluruh.


 

Tandatangan (signature)

Kaedah pengesahan ini menggunakan imej tandatangan. Teknologi imbasan tandatangan akan meneliti dan menganalisis aspek-aspek seperti bentuk, stroke order, kecepatan dan tekanan sesuatu tandatangan dibuat dan membandingkan dengan tandatangan yang telah direkodkan bagi mengesahkan individu.


 

Keystroke

Imbasan keystroke adalah melalui kaedah/cara taipan di papan kekunci. Imbasan ini akan diukur melalui kawasan jari pengguna menekan kekunci, jangka masa pengguna menekan sesuatu kekunci dan perbezaan masa antara satu kekunci ke kekunci yang lain. Proses pengenalpastian akan membandingkan ciri-ciri tekanan kekunci dengan data sedia ada di dalam sistem untuk pengesahan. Kaedah ini sesuai digunakan oleh agensi yang menjalankan risikan dan aktiviti-aktiviti yang mendatangkan impak yang tinggi terhadap keselamatan negara.


 

Lain-lain

Selain kaedah pengesahan biometrik yang telah dinyatakan, terdapat beberapa kaedah lain yang tidak dikomersialkan antaranya adalah pengecaman cara berjalan (gait) dengan merekodkan cara individu melangkah, jarak luas setiap langkah, kelajuan berjalan dan masa kitaran (cycle time). Kaedah-kaedah pengecaman lain termasuk imbasan suhu tangan yang menggunakan struktur tisu di bawah lapisan kulit di telapak tangan, imbasan suhu wajah yang menggunakan bentuk infrared di bawah kulit muka, pengecaman pergigian dan pengecaman struktur telinga.

    

SISTEM BIOMETRIK

Sistem Biometrik pada asasnya merupakan sistem pengecaman untuk mengesahkan (verify) atau mengenal pasti (identify) seseorang individu berdasarkan ciri-ciri biologi atau tingkah laku.


 

Secara umumnya fungsi-fungsi asas di dalam sistem biometrik adalah:

Pendaftaran (Enrollment)

Dalam fungsi pendaftaran, sistem akan menjana dan menyimpan templat pendaftaran biometrik individu.

Pengesahan (Verification)

Pengesahan adalah fungsi di mana sistem mengesahkan identiti seseorang (Am I who I claim I am?). Pengesahan menggunakan kaedah pemadanan satu ke satu. Proses pengesahan dan pemadanan boleh dibuat dengan membandingkan sampel biometrik semasa yang diperoleh daripada individu dengan templat biometrik individu tersebut yang disimpan dalam sistem sama ada menggunakan media mudah alih ataupun pangkalan data.

Media mudah alih seperti kad pintar mengandungi hanya satu templat biometrik bagi individu untuk tujuan pengesahan. Sampel biometrik individu akan dibandingkan terus dengan templat biometrik yang terkandung dalam media mudah alih. Contoh kaedah pengesahan menggunakan media mudah alih ialah penggunaan biometrik cap jari untuk tujuan akses di lapangan terbang. Templat cap jari yang disimpan di dalam pasport akan dibandingkan dengan sampel cap jari pengguna yang diimbas di auto gate.

Bagi pengesahan dan pemadanan dengan templat biometrik dalam pangkalan data, data pengenalan awal seperti nombor atau id pengguna dimasukkan terlebih dahulu sebelum pemadanan dibuat memandangkan pangkalan data mempunyai banyak templat biometrik.

Contohnya adalah kaedah pengesahan menggunakan cap jari bagi mengakses sistem di mana pengguna akan memasukkan nombor atau id pengguna sebelum mengimbas cap jari untuk dibandingkan dengan templat cap jari pengguna di dalam pangkalan data.

Identifikasi (Identification)

Identifikasi adalah fungsi di mana sistem perlu mengenal pasti identiti seseorang (Who I am?) daripada senarai pengguna yang sedia ada. Identifikasi memerlukan pemadanan satu ke banyak. Proses pengesahan dan pemadanan dilaksanakan dengan membandingkan ciri-ciri sampel biometrik semasa individu dengan kesemua templat yang ada di dalam sistem untuk mengenal pasti identiti individu.

Sebagai contoh, kaedah identifikasi digunakan bagi mengesan penjenayah, di mana ciri-ciri sampel biometrik yang diperoleh di tempat kejadian akan dibandingkan dengan data biometrik dari senarai suspek di pangkalan data.


 

PERTIMBANGAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI BIOMETRIK DI AGENSI;

Berikut adalah beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan;

Peningkatan dan Keberkesanan perkhidmatan;

Penggunaan biometrik boleh meningkatkan kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan agensi. Contohnya penggunaan biometrik boleh mengurangkan kes penipuan dan menjimatkan masa pemprosesan.

Keselamatan;

Penggunaan biometrik boleh meningkatkan tahap keselamatan fizikal bagi lokasi tertentu atau tahap keselamatan logikal bagi sistem aplikasi terutamanya yang melibatkan capaian kepada maklumat sulit atau rahsia.

Kesediaan pelanggan

Penggunaan biometrik boleh meningkatkan tahap keselamatan fizikal bagi lokasi tertentu atau tahap keselamatan logikal bagi sistem aplikasi terutamanya yang melibatkan capaian kepada maklumat sulit atau rahsia.

Polisi /Perundangan

Penggunaan biometrik boleh meningkatkan tahap keselamatan fizikal bagi lokasi tertentu atau tahap keselamatan logikal bagi sistem aplikasi terutamanya yang melibatkan capaian kepada maklumat sulit atau rahsia.

Kos

Penggunaan teknologi biometrik perlulah kos efektif. Analisis kos dan faedah (cost-benefit) perlu dibuat sebelum teknologi biometrik digunakan. Jika penggunaan biometrik memberi impak yang tinggi, elemen kos mungkin menjadi kurang penting berbanding faedah yang diperoleh.


 

Penggunaan Sistem Biometrik

Kebanyakkan aplikasi biometric digunakan untuk memenuhi tujuan berikut;

Kawalan Akses fizikal

Kaedah biometrik digunakan untuk tujuan akses fizikal seperti perbandingan templat biometrik di dalam maklumat pasport/visa penumpang untuk memasuki negara lain dan kad akses pejabat untuk masuk ke bangunan/pejabat.

Kawalan Akses Logikal

Aplikasi biometrik juga boleh digunakan untuk kawalan akses logikal bagi mengenal pasti identiti pengguna yang melaksanakan transaksi secara atas talian (online) seperti E-Banking, E-Commerce dan E-Government menggantikan kawalan secara fizikal (face-to-face).

Pengenalan diri

Biometrik juga digunakan untuk tujuan pengesahan pengenalan diri. Sebagai contoh, templat biometrik cap jari individu dimasukkan dalam MyKad sebagai sebahagian dari dokumen pengenalan diri.


 

KEBAIKAN SISTEM BIOMETRIK

Sistem biometrik mempunyai kelebihan berbanding dengan kaedah pengesahan lain kerana ciri-ciri biologi individu adalah unik dan tidak sama antara satu sama lain. Berbanding dengan kaedah lain seperti Personel Identification Number (PIN) ataupun kata laluan, kaedah biometrik sukar ditiru dan ini dapat menyukarkan pemalsuan identiti. Kaedah biometrik juga tidak memerlukan pengguna mengingati nombor pin atau kata laluan.


 

KELEMAHAN SISTEM BIOMETRIK

Antara perkara-perkara yang dikenal pasti menjadi kekangan dan boleh mempengaruhi penggunaan sistem biometrik ialah:

Faktor Fizikal dan Kesihatan Individu;

Faktor fizikal dan perubatan boleh mempengaruhi penggunaan dan ketepatan sistem biometrik. Contohnya, individu yang cacat penglihatan mengalami kesulitan untuk menyelaraskan kedudukan mata dengan kamera bagi sistem biometrik iris, manakala pesakit sendi sukar untuk meletakkan ibu jari/tangan di posisi sebenar alat pembaca. Ini juga termasuk semua jenis pembedahan yang akan merubah struktur asal ciri pengesanan seperti muka, mata, tangan dan lain-lain.

Risiko Kesihatan;

Penggunaan sistem biometrik boleh mendatangkan risiko kepada individu di mana ada kemungkinan berlakunya kecederaan kepada sistem tubuh individu. Kesan secara langsung ialah risiko kecederaan disebabkan penggunaan alat-alat biometrik seperti contact sensor, penggunaan UV light serta lain-lain yang seumpamanya. Risiko lain ialah data biometrik individu boleh disalah guna untuk mendedahkan maklumat kesihatan seseorang.

Privasi;

Penggunaan sistem biometrik boleh mendatangkan risiko kepada individu di mana ada kemungkinan berlakunya kecederaan kepada sistem tubuh individu. Kesan secara langsung ialah risiko kecederaan disebabkan penggunaan alat-alat biometrik seperti contact sensor, penggunaan UV light serta lain-lain yang seumpamanya. Risiko lain ialah data biometrik individu boleh disalah guna untuk mendedahkan maklumat kesihatan seseorang

No comments:

Post a Comment